Sebelas pekerja yang terperangkap di Hutan Cherul, Terengganu berjaya diselamatkan.

Kesemua mereka yang berumur antara 25 hingga 50 tahun  dikeluarkan selepas lebih lima hari terperangkap di kawasan itu.

Kesemua mereka masuk ke hutan berkenaan Rabu minggu lalu dan gagal keluar membeli bekalan makanan selepas jalan keluar ke Cherul ditenggelami banjir. 

Menurut jurucakap bomba, mereka  dikeluarkan dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini