Di Betong, Sarawak, seorang remaja lelaki berusia 18-tahun cedera di jari kiri akibat tersepit pada mesin tebu.

Kejadian berlaku di Taman Kenanga Indah, pada Selasa.

Balai Bomba dan Penyelamat Betong memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 10.37 pagi.
 
Ketika tiba di tempat kejadian, mangsa telah  diselamatkan dan jari yang tersepit telah dapat dikeluarkan oleh rakan sekerjanya.

Mangsa juga dihantar ke Hospital Betong untuk rawatan ekoran kecederaan melibatkan kesemua lima jari kiri.
 
Anggota bomba kemudian bertindak membuat pembersihan di sekitar tempat kejadian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini