Pelakon, Alec Baldwin menafikan memetik picu pistol yang melepaskan peluru hidup sehingga mengorbankan kru penggambaran filem ‘Rust’ pada 21 Oktober lalu.

Dalam temu bual eksklusif bersama ABC, pelakon berkenaan menegaskan bukan dirinya yang memetik picu pistol berkenaan.

Dalam kemunculan pertamanya di televisyen selepas insiden itu, Baldwin menyatakannya tidak akan mengacu pistol kepada seseorang serta memetik picu pistol.

Dalam insiden di set penggambaran di New Mexico itu, Pengarah Sinematografi Halyna Hutchins maut, manakala pengarah Joel Souza cedera.

Dua kru penggambaran menfailkan saman sivil terhadap Baldwin dan penerbit filem berkenaan.

Siasatan pihak berkuasa kini memberi fokus kepada bagaimana peluru hidup berada di lokasi penggambaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini