Tesla menarik balik 675,000 kenderaan elektrik di Amerika Syarikat dan China. 

Ia berikutan masalah ruang penyimpanan yang meningkatkan risiko kemalangan.

Pengawal selia China mengumumkan penarikan balik hampir 200,000 kereta pada hari Jumaat.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas kira-kira 475,000 kenderaan Tesla ditarik balik di Amerika Syarikat

Pembukaan dan penutupan ruang bagasi berulang kali boleh merosakkan kabel menyambungkan kamera pandang belakang.

Tesla menganggarkan masalah itu menjejaskan satu peratus kenderaan Model 3.

Manakala, 14 peratus daripada Model S ditarik balik di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, Tesla memaklumkan tiada kemalangan atau kecederaan akibat masalah itu, setakat ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini