Antara sasaran lain Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) termasuk melihat keperluan mengadakan ujian Covid-19 secara berkala menerusi Polisi Ujian dan Pengesanan Kebangsaan.

KKM juga akan meluluskan lebih banyak kit ujian kendiri serta memperluas premis yang dibenarkan menjual kit itu selain daripada farmasi dan fasiliti kesihatan, dengan meletakkan syarat- syarat berkaitan kawalan penjualannya.

KKM merancang pemberian kit ujian kendiri dan saringan COVID-19 secara percuma kepada golongan rentan dan B40.

Berkaitan Standard Operasi Prosedur (SOP) menjelang endemik, KKM akan bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kewangan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia bagi mengeluarkan kerangka SOP yang lebih jelas dan mudah difahami rakyat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini