Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon enggan menyalahkan tindakan terburu-buru penjaga gol, Mohd Farizal Marlias sebagai punca utama Malaysia tewas 1-2 kepada Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E semalam.

Sebaliknya, pengendali dari Korea Selatan itu bertegas segala perkara yang terjadi dalam aksi itu akan dinilai oleh pasukannya sebelum membuat sebarang keputusan dan kenyataan.

Dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, kesilapan Mohd Farizal yang menjatuhkan pemain Bahrain dalam kotak penalti 10 minit sebelum tamat permainan, telah memusnahkan harapan skuad negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata.

Pan Gon berkata apa yang berlaku dalam aksi itu akan dinilai oleh pasukan bimbingannya sebelum sebarang keputusan dibuat.

Dalam perlawanan yang disaksikan lebih 63 ribu penonton, pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-55 sebelum Ali Abdulla Haram menyamakan kedudukan untuk Bahrain dua minit kemudian.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara berdepan perlawanan ‘wajib menang’ ke atas Bangladesh pada aksi terakhir Selasa ini bagi mencerahkan peluang menamatkan penantian 15 tahun ke pusingan akhir Piala Asia



MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini