Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan dia masih lagi individu yang tepat untuk mengendalikan pasukannya meskipun The Red Devils dibelasah 0-5 oleh Liverpool malam tadi.

Ini kali pertama dalam sejarah United tewas lima gol tanpa sebarang jaringan di Old Trafford sejak 1955.

Kekalahan kepada musuh tradisi mereka itu menyaksikan masa depan Solskjaer kembali dalam bahaya selepas United hanya mengutip satu mata daripada 12 perlawanan liga.

Mereka kini berada di tangga ketujuh dengan lapan mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Pada aksi tersebut, Liverpool mendahului 4-0 di babak pertama menerusi jaringan Naby Keita, Diogo Jota dan dua gol Mohamed Salah.

Salah kemudian menambah satu lagi gol buat The Reds sebelum Paul Pogba menambah lagi derita United apabila dilayangkan kad merah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini