Tindakan akan dikenakan kepada mana-mana pihak, organisasi atau individu yang cuba memperdaya orang ramai berkaitan tawaran atau pakej haji.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata pihak Tabung Haji akan membuat laporan polis sekiranya dapat menjejaki individu yang terlibat dengan perkara tersebut.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang mesej atau panggilan berkaitan tawaran dilakukan selain pengumuman rasmi daripada pihak kementerian atau Tabung Haji. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan dalam program Prihatin Tabung Haji di Ipoh.
 
Sebelum ini media melaporkan Tabung Haji ada menerima laporan daripada pendeposit yang menerima tawaran dana haji melalui panggilan telefon bagi membolehkan mereka menunaikan haji dengan lebih cepat. Tabung Haji bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini