Selepas menerima pengiktirafan sebagai pusat operasi perubatan haji pertama seluruh Arab Saudi, TH melakar satu lagi sejarah apabila memperolehi permit operasi pertama dan kedua iaitu Pusat Rawatan TH Syisyah dan Pusat Rawatan Kecemasan Abraj Al-Janadriyah, mengatasi operasi perubatan negara lain. 

Perkara itu diumumkan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman pada majlis Perhimpunan Petugas bersama Ketua Rombongan Haji di bangunan Abraj Al-Janadriyah, Mekah.

Malaysia menghantar 254 petugas perubatan musim ini termasuk 28 pakar perubatan.