Thailand kini bersiap sedia menghadapi gelombang baharu jangkitan, berikutan kes COVID-19 terus meningkat.

Selama enam hari berturut-turut, kes COVID-19 dilihat melonjak dengan ketara. Dalam tempoh 24 jam lalu, negara itu mencatatkan 8,511 kes baharu dan 12 kematian.

Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mengarahkan semua gabenor wilayah untuk menguatkuasakan sekatan COVID-19 dan langkah-langkah pencegahan mengikut kesesuaian untuk membendung COVID-19.

Kementerian Kesihatan Awam turut menyeru orang ramai tampil mendapatkan vaksin penggalak.

Pihak berkuasa keselamatan turut memperketat kawalan sempadan bertujuan mencegah penyeberangan sempadan secara haram, dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini