Thailand melaporkan 740 kes varian Omicron di 33 wilayah di negara itu hari ini.

Ini susulan kewujudan kluster Omicron pertama negara itu di wilayah timur laut Kalasin.

Kluster cepat merebak itu dikaitkan dengan sepasang suami dan isteri Thai, kedua-duanya berusia 47 tahun, yang pulang dari Belgium dan memasuki negara itu melalui program tanpa kuarantin “Test & Go”.

Pasangan itu telah berkunjung ke bar, konsert dan pasar.

Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Thailand, Dr Supakit Sirilak berkata, kes Omicron melibatkan 489 kes import dan 251 jangkitan tempatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini