Thailand hari ini melaporkan kes pertama kebarangkalian varian Omicron, melibatkan seorang lelaki Amerika yang dalam perjalanan dari Sepanyol.

Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr Suakit Sirilak berkata, lelaki berusia 35 tahun itu disahkan positif pada 1 Disember dan kini menjalani rawatan di hospital. Beliau berkata, ujian saringan yang dijalankan ke atas lelaki itu menunjukkan 99.2 peratus positif untuk varian Omicron. Terdapat 19 orang termasuk kakitangan hotel dan lapangan terbang yang telah berhubung dengan lelaki itu.

Pihak berkuasa kesihatan Thailand kini sedang menjalankan ujian lanjut terhadap mereka. Sementara itu, Dr Suakit menafikan laporan terdapat pesakit Afrika yang didapati positif Omicron.

Sebaliknya, pesakit tersebut menjalani saringan untuk varian Delta. Pada awal Disember, Thailand turut mengenakan larangan kepada kemasukan pelancong dari lapan negara Afrika berikutan penemuan varian Omicron.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini