Thailand melonggarkan sekatan perjalanan  apabila membuka semula sempadan negara kepada pelancong asing bermula hari ini.

Thailand berharap akan berlaku kebangkitan ekonomi dengan menghidupkan semula aktiviti pelancongan antarabangsanya.


Tinjauan media tempatan mendapati, suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok yang sebelum ini lengang, mula sibuk dan dipenuhi dengan ketibaan pelancong luar negara.

Pengembara daripada 63 negara yang lengkap divaksinsi dibenarkan memasuki Thailand tanpa perlu menjalani proses kuarantin.

Sebelum pandemik COVID-19, sektor pelancongan menyumbang diantara 12 hingga 20 peratus kepada pertumbuhan ekonomi Thailand.

Kerajaan mensasarkan ekonominya kembali rancak terutamanya untuk sektor perkhidmatan yang sebelum ini terpaksa ditutup untuk tempoh yang lama.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini