Thailand akan melonggarkan sekatan-sekatan Covid-19 terhadap pelawat antarabangsa mulai 1 Mac ini.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA)negara itu berkata, pelawat lengkap vaksinasi hanya perlu menjalani satu ujian RT-PCR sebaik tiba di Thailand. Ia kemudian disusuli dengan ujian pantas antigen kendiri selepas lima hari berada di negara itu.

Walau bagaimanapun, pelawat masih perlu mengambil ujian RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum melakukan perjalanan ke Thailand dan menjalani kuarantin pada malam pertama ketibaan di hotel atau di kemudahan kuarantin yang diluluskan.

Berdasarkan data CCSA, lebih 300,000 pelawat sudah memohon untuk memasuki Thailand dan 80 peratus daripada permohonan tersebut sudahpun diluluskan.

Sebahagian besar pelawat adalah dari Rusia, Jerman, Perancis, United Kingdom dan Singapura. Destinasi percutian yang menjadi pilihan adalah Bangkok, Phuket dan Chonburi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini