Amaran COVID-19 dinaikkan dari tahap tiga ke tahap empat di Thailand.

Langkah itu dibuat ketika Bangkok mencatat peningkatan kes Omicron secara mendadak.

Sebanyak 5,775 kes baharu dan 11 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Peningkatan 48 peratus berbanding hari sebelumnya.

Di bawah amaran tahap empat, kerajaan mungkin mengenakan semula peraturan lebih tegas.

Ini termasuk penutupan premis berisiko tinggi, sekatan terhadap perhimpunan awam dan perjalanan domestik.

Perdana Menteri , Prayuth Chan o-cha dijangka mengumumkan pendekatan baharu selepas mempengerusikan mesyuarat Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19, hari ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini