Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) merancang untuk memberikan dos vaksin keempat untuk kumpulan berisiko dan terdedah dengan COVID-19.

Ia susulan varian Omicron yang sangat mudah berjangkit.

Jelas Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang, orang dewasa berumur 60 tahun ke atas, penghidap penyakit kronik, kakitangan perubatan dan petugas barisan hadapan boleh menerima dos keempat untuk mengekalkan imuniti.

BMA akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai suntikan keempat apabila pelaksanaannya diluluskan.

Pakar virologi di Universiti Chulalongkorn, Yong Poovorawan membangkitkan kebimbangan kes Omicron boleh merebak di Thailand selepas cuti Tahun Baharu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam mendedahkan rancangan untuk menangani potensi wabak COVID-19 yang disebabkan varian Omicron tahun depan.

Setakat ini, Thailand merekodkan lebih 200 kes varian Omicron di 10 wilayah termasuk Kalasin, Pattani dan Bangkok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini