Thailand rancang untuk membuka semula sempadan negaranya kepada pekerja dari Myanmar, Kemboja dan Laos.

Langkah itu dibuat bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh yang menjejaskan eksport dan ekonomi negara yang bergantung kepada sektor pelancongan.

Wakil Kementerian Buruhnya berkata, peraturan berkaitan status vaksinasi untuk pekerja asing, prosedur kuarantin dan ujian saringan Covid-19 akan diputuskan dalam masa terdekat.

Industri pengeksport besar Thailand seperti pengeluaran makanan dan getah banyak bergantung pada buruh asing.

Namun, kawalan sempadan yang ketat dan peraturan kuarantin dilihat hampir menghentikan penghijrahan buruh asing.

Thailand dianggarkan memerlukan kira-kira 420,000 pekerja asing dalam industri pembinaan, pembuatan dan makanan laut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini