Thailand mengesahkan tiga kes import varian Omicron COVID-19 dan mengesan satu lagi kes kebarangkalian untuk virus itu, melibatkan seorang individu tempatan yang pulang dari Congo.

Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr Supakit Sirilak memberitahu, kes pertama melibatkan seorang warga Amerika berusia 35 tahun yang tiba dari Sepanyol.

Manakala kes kedua dan ketiga membabitkan wanita Thailand berusia 36 dan 46 tahun, yang pulang dari Lagos, Nigeria.

Penjujukan genom mengesahkannya varian Omicron.

Dr Suakit berkata kes keberangkalian terbaharu untuk varian Omicron itu melibatkan rakyat tempatan berusia 41 tahun, bekerja dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu dan baharu pulang dari Congo.

Individu itu telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 dan menjalani kuarantin sejak tiba di Thailand.

Pihak berkuasa kesihatan sedang meningkatkan pengesanan kontak untuk membendung penularan virus itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini