Thailand kini bersiap siaga untuk membuka semula kemasukan pelancong yang lengkap vaksinasi, bermula 1 November ini.

Tindakan itu dibuat, walaupun Thailand  masih merekodkan angka harian 10-ribu jangkitan COVID-19 serta kadar vaksinasi hanya kira-kira 40 peratus.

Pihak berkuasa berusaha memulihkan sektor Pelancongan yang menyumbang satu per lima daripada ekonomi Thailand.

Justeru, kerajaan berharap perancangan untuk membatalkan peraturan kuarantin yang ketat, dapat menarik kehadiran pelancong walaupun virus Covid-19 masih menular.

Pandemik mengakibatkan jumlah pelancong merudum daripada 40 juta pada tahun 2019, kepada hanya 73,000 orang sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Thailand melaksanakan sekatan perjalanan selama 18 bulan susulan pandemik COVID-19.

Thailand menjangka  sejuta pelancong berkunjung ke negara itu menjelang Mac tahun depan.

Ia dijangka menjana pendapatan kira-kira 30 bilion dolar sepanjang tahun 2022.

Sebelum ini Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha, mengumumkan pelan berfasa untuk pembukaan semula Thailand.

Bermula 1 November ini, pelancong lengkap vaksinasi dari lebih 40 negara dibenarkan memasuki Thailand dengan keputusan negatif COVID-19. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini