Barcelona memecat jurulatihnya Ronald Koeman susulan kekalahan terbaharu kepada kelab Rayo Vallecano.
 
Kekalahan terbaharu ini menyaksikan Barcelona berada di tangga kesembilan La Liga dengan 15 mata.

The Catalans menerusi kenyataaan berkata, Presiden kelab, Joan Laporta sudah memaklumkan pemecatan itu sejurus selepas kekalahan berkenaan.

Koeman meninggalkan kelab secara rasmi hari ini.

Di bawah kendalian Jurulatih kelahiran Belanda itu, Barca hanya menang dua daripada tujuh saingan, dan mungkin tidak layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Ini diburukkan lagi situasi kewangan kelab yang teruk.

Beberapa individu dilapor berminat mengisi posisi pengendali kelab, antaranya bekas pemain tengah Barcelona, Xavi Hernandez; bekas jurulatih Juventus, Andrea Pirlo serta ketua jurulatih Belgium, Roberto Martinez.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini