Seorang lelaki dari Benin, Afrika Barat mencipta rekod dunia apabila berjaya mengimbangkan 735 biji telur ayam menggunakan topi diatas kepalanya.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Gregory Da Silva ataupun The Eggman itu mula mencuri tumpuan netizen selepas kejayaannya itu dikongsikan oleh Guinness World Records di platform media sosial.

Difahamkan, untuk menyusun ratusan biji telur di atas topi itu, dia telah mengambil masa selama tiga hari untuk menyiapkannya.

Selain itu, dia juga dikatakan kerap terbang ke serata dunia untuk berkongsi bakat uniknya itu dengan orang ramai.

Video berkenaan menerima lebih 69,000 tanda suka dan telah ditonton hampir 514,000 kali oleh warganet di Instagram.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini