Theta Edge Berhad menerusi anak syarikat, Theta Telecoms Sdn Bhd dilantik sebagai pembekal perkhidmatan universal bagi implementasi projek Jalinan Digital Negara, JENDELA Fasa Satu.

Syarikat pembekal perkhidmatan kejuruteraan telekomunikasi itu telah mendapat notis pelantikan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC, 29 Januari lalu.

Pelantikan itu bagi kerja-kerja membekal, menghantar dan memasang struktur menara perkhidmatan selular melibatkan 221 lokasi disasarkan bagi 14 kluster.
 
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat memaklumkan kos keseluruhan projek mencecah 154.36 juta termasuk cukai dikenakan kerajaan.

Projek mengambil masa sembilan bulan dari tarikh notis pelantikan.

Theta Edge merupakan anak syarikat Kumpulan Tabung Haji dengan ekuiti 30 peratus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini