Jawatankuasa Siasatan Dalaman mendapati atlet para olahraga, Muhammad Ziyad Zolkefli dan jurulatihnya tidak dapat membuktikan bahawa mereka tiba pada waktu yang ditetapkan untuk pendaftaran di bilik panggilan dalam acara Lontar Peluru F20 di Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
 
Sekali gus menerima keputusan yang dibuat oleh Olahraga Para Dunia (WPA) untuk membatalkan penyertaan dan kemenangan Ziyad.

Jawatankuasa membuat keputusan berkenaan hasil sesi pertemuan buat serta dokumen yang diperoleh.

Menerusi satu kenyataan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata
meskipun menerima keputusan WPA itu, namun Persatuan Olahraga Para Negara dan Majlis Sukan Negara tetap mengemukakan pandangan Malaysia ekoran kekeliruan peraturan teknikal Olahraga Para khususnya berkaitan peraturan “Did not start” DNS.

Pihak KBS juga akan memastikan tindakan susulan yang wajar diambil oleh atlet, jurulatih dan juga pegawai bagi tujuan kesedaran, pengajaran dan penambahbaikan serta rujukan pada masa akan datang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini