Jemaah Haji wanita Malaysia yang menunaikan umrah dan haji, dengan memakai pelitup muka, tidak akan dikenakan dam dan hukumnya harus.

Ia berdasarkan keputusan Muzakarah Haji Kebangsaan kali ke 37, demi kemaslahatan darurat ketika ini.

Pengarah Operasi Bimbingan Lembaga Tabung Haji, TH, Ustaz Tengku Aziz Raja Abdullah berkata dalam muzakarah tersebut dinyatakan apabila semasa wabak, pemakaian pelitup muka yang diarahkan oleh pihak berkuasa iaitu kerajaan Arab Saudi ketika dalam ihram bagi wanita adalah diharuskan, tidak dikenakan dam dan tidak berdosa.

Katanya pada masa sekarang kerajaan Arab Saudi mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat terbuka dan tertutup, dan warta itu berkuatkuasa sehingga diberitahu kelak.

Beliau menambah ia juga tertakluk dalam hukum fiqah iaitu yang boleh membuat sesuatu keputusan adalah pemerintah di satu-satu tempat.

Katanya walaupun pemakaian pelitup muka di tanah suci dianggap sebagai pilihan, tetapi Jemaah haji digalakkan terus mengamalkan pemakaian pelitup muka demi keselamatan dan kesihatan diri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini