Tiada darurat kewangan di Pakistan sebaliknya kerajaan akan merangka pelan penjimatan. Menteri Kewangan, Miftah Ismail turut menyangkal spekulasi yang tular di media sosial, menyatakan kerajaan mungkin membekukan akaun bank rakyat Pakistan di luar negara di bawah inisiatif “Akaun Digital Roshan” di tengah-tengah krisis pertukaran asing.

Pakistan berdepan kemelut untuk mendapatkan pembiayaan luar dan pada bulan lepas telah mengadakan perbincangan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa, IMF untuk meminjam wang.

Beliau juga memaklumkan Perdana Menteri, Shehbaz Sharif ‘bakal mengumumkan langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan”.

Langkah itu termasuk mengurangkan hari bekerja untuk menjimatkan tenaga, pengurangan kuota bahan api birokrat serta larangan mewujudkan jawatan baharu dan pembelian kenderaan baharu di jabatan kerajaan.

Pakistan telah menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 60 rupee sejak beberapa hari kebelakangan ini, mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat Pakistan serta meningkatkan kebimbangan mengenai tekanan inflasi.                    

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini