Tiada halangan untuk Dr Zakir Naik menghadiri program di Masjid Cina, Krubong, Melaka pada Sabtu ini.Demikian tegas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Katanya beliau telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Melaka Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah bahawa Dr Zakir dibenarkan hadir kerana beliau hanya akan turut serta untuk solat bersama-sama jemaah, bukannya berceramah.Ketua Polis Melaka, Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah sebelum ini mengesahkan… program tersebut hanya melibatkan solat berjemaah dan tidak melibatkan ceramah oleh pendakwah itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini