Ketiadaan integriti apabila mempunyai kuasa dan peluang merupakan punca penjawat awam terlibat dengan rasuah.

Tegas Datuk Seri Azam Baki, rasuah dalam perkhidmatan awam mesti dihentikan, demi meningkatkan imej sedia ada.

Beliau turut memberi amaran bahawa SPRM tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa dengan tindakan tegas tanpa mengira latar belakang individu. 

Beliau berucap demikian pada majlis sambutan Hari Integriti dan pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi KBS di Putrajaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini