Tiada kenaikan paras air laut  yang luar biasa dicatatkan di kawasan persisiran pantai di tiga mukim di daerah Kuala Muda awal pagi tadi berikutan amaran kejadian air pasang besar yang dijangka bermula di Kedah hari ini.

Pegawai Pertahanan Awam merangkap Pengerusi Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Kapten Pertahanan Awam Azahar Ahmad berkata keadaan masih normal berikutan cuaca yang baik.

Walaupun begitu, pemantauan diteruskan anggota di semua lokasi yang dikenalpasti dan hebahan langkah berjaga-jaga dilakukan bagi memastikan semua pihak sentiasa bersiap siaga.

Katanya pemantauan awal pagi tadi di pantai Kota Kuala Muda mencatatkan paras air laut 1.58 meter pada pukul 12.13 minit pagi berbanding ramalan 2.90 meter.

Manakala Pantai Tanjung Dawai, Merbok juga mencatatkan paras air 1.58 meter berbanding paras ramalan 2.90 meter.

Di Pantai Kuala Muda pula, pemantauan dilakukan di lokasi yang dikenalpasti iaitu di Kampung Padang Salim, Kampung Hujung Matang dan Kampung Paya di Mukim Kuala dan Kampung Sungai Meriam dan Kampung Sungai Yu di Mukim Bukit Meriam.

Manakala Pantai Tanjung Dawai, di Kampung Huma, Tanjung Dawai di Mukim Merbok.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini