Tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum, PRU DUN Johor.

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, fokus ketika ini untuk membantu rakyat yang ditimpa musibah banjir.

Justeru, semua pihak tanpa mengira latar belakang politik perlu berganding bahu memberi bantuan.

Tegasnya lagi, kerjasama antara parti pemerintah perlu dikekalkan, dan kepentingan peribadi tidak harus diutamakan.

Tambahnya, kerjasama dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) baik dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian selepas Program Sukarelawan Pasca Banjir KBS di Kampung Sungai Berani, Lenga, Muar.

Rabu lalu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad memaklumkan masih memantau keadaan semasa, berhubung keperluan mengadakan PRU DUN Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini