Tiada keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi memelihara keharmonian dan perpaduan kaum di Malaysia.
 
Menurut Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, ia kerana, undang-undang sedia ada sudah selari dengan konsep Keluarga Malaysia, yang mementingkan nilai-nilai integrasi nasional, bertunjangkan prinsip Rukun Negara.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan, undang-undang sedia ada sudah memadai untuk memberikan pengajaran kepada individu yang mencetuskan atau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, hingga menjejaskan keharmonian negara.
 
Ia termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Hasutan 1948. Wan Ahmad Fayhsal menjawab pertanyaan wakil Batu – P Prabakaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini