Tiada keperluan untuk meminda had umur minimum perkahwinan bagi perempuan beragama Islam daripada 16 kepada 18 tahun.

Itu kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Keputusan berkenaan mengambilkira maklum balas daripada pihak berkuasa agama negeri-negeri.

Ia dimuktamadkan dalam Mesyuarat Sekretariat Dasar Perundangan Syariah JAKIM Bilangan 1/2021 pada 22 September lalu.

Bagaimanapun, tegasnya, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia akan memastikan individu yang memohon untuk berkahwin dibawah umur, melalui proses penilaian ketat.

Ia bagi memelihara kepentingan semua pihak terlibat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini