Tiada kes cacar monyet dilaporkan di Malaysia setakat ini, meski seorang lelaki warga Nigeria disahkan dijangkiti penyakit tersebut di Singapura, hujung bulan lalu. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye menjelaskan, risiko penyebaran penyakit itu ke negara ini adalah rendah, kerana ia tidak mudah berjangkit sesama manusia. Kementerian juga akan memantau kemasukan pelancong asing terutamanya dari Afrika Tengah dan Barat di pintu masuk antarabangsa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini