Sebanyak 63 pemeriksaan dilaksanakan pegawai penguatkuasa PPDNHEP Negeri Perlis pada hari pertama pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia.

Pemeriksaan di peringkat borong dan runcit berkenaan melibatkan pasar raya, pasar awam dan kedai atau premis runcit.

Menurut Pengarah KPDNHEP Negeri, Norazah Jaapar, Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia bermula semalam sehingga penghujung tahun ini.

Pegawai penguatkuasa digerakkan bagi memantau pematuhan terhadap skim kawalan harga yang melibatkan 12 jenis barangan, antaranya ayam, sayur-saturan dan telur ayam.

Bagi memastikan pematuhan sepenuhnya, penguatkuasa terlibat turut melaksanakan advokasi secara berhemah denvan mendekati peniaga dan mengedarkan risalah mengandungi senarai harga 12 barangan harga terkawal.

Pada hari pertama skim dilaksanakan, tiada kes akibat ketidakpatuhan dikesan dan bekalan barangan adalah mencukupi dan stabil di pasaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini