Tiada kes serius penyakit bawaan air dilaporkan setakat ini melibatkan mereka yang terjejas banjir. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi jaminan, KKM bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk di semua fasiliti klinik medan di pusat operasi banjir.

Sebelum ini timbul kebimbangan risiko penyakit seperti taun, demam kepialu dan leptospirosis atau kencing tikus. Menurutnya, setakat ini hanya terdapat satu kes jangkitan berkaitan gastroenteritis dilaporkan di Taman Sri Muda, Shah Alam melibatkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Kes kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Terdahulu, Khairy menghadiri Majlis Anugerah Penyelidikan Institut Kesihatan Negara 2021 di Setia Alam, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini