Tiada kes varian Omicron dikesan di Thailand setakat ini. Timbalan Menteri Kesihatan Awam Dr Satit Pitutecha bagaimanapun telah mengarahkan agensi di bawah Jabatan Sains Perubatan untuk meningkatkan pengawasan bagi memastikan varian Omicron boleh dikesan dengan cepat.

Dr Satit turut mengingatkan penduduk supaya lebih berhati-hati dengan penularan Omicron. Ini memandangkan varian itu mungkin boleh dibawa masuk menerusi secara semula jadi dan merentasi sempadan dengan negara jiran.

Pada Sabtu, Thailand mengenakan larangan ke atas pengembara dari lapan negara Afrika susulan penuralan varian Omicron. Thailand juga sedang mempertimbang untuk membatalkan rancangan menggunakan kit ujian pengesanan pantas semasa ketibaan.

Ini kerana semakin banyak negara mengesan varian Omicron, dan sebaliknya akan mengenakan sekatan perjalanan baharu bagi mencegah penularan varian itu.   

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini