Tiada Kompromi terhadap isu buli dalam kalangan anggota tentera.

Itu penegasan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menggesa pihak terlibat tampil memberikan maklumat supaya siasatan menyeluruh dapat dibuat.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pelancaran Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022 di ibu negara.

Jelasnya, arahan juga telah diberikan kepada timbalannya untuk meneliti isu tersebut secara peribadi.

Tindakan tegas hanya akan diambil apabila terbukti perlakuan buli itu berlaku.

Terdahulu, tular di media sosial tangkap layar mesej seorang individu yang dimuat naik melalui Twitter mendakwa adiknya iaitu seorang anggota tentera yang tinggal dalam kem bujang dipukul dan dibuli sekumpulan anggota (tentera) senior.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini