Tiada lagi penerbangan terus ke Madinah selepas 15 Jun.
 
Ini bermakna Jemaah KT22 merupakan kumpulan terakhir ke Madinah manakala penerbangan seterusnya akan terus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah.

Menurut Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman, penerbangan KT23 akan berlepas pada 20 Jun dan akan terus ke Mekah untuk mengerjakan umrah sehingga penerbangan terakhir KT48 yang dijangka tiba 2 Julai nanti.

Pada masa kini, 4,670 jemaah haji Malaysia telah tiba di Tanah Suci, 2,989 jemaah masih berada di Madinah manakala seribu 684 jemaah telah berada di Mekah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini