Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan sentiasa melindungi keperluan dan kesejahteraan persaraan rakyat dan dengan itu, tidak mengalakkan lagi pengeluaran dana itu bagi tujuan lain.

Dalam satu kenyataan, KWSP menegaskan komitmennya untuk membantu ahli membina semula kecukupan pendapatan persaraan mereka dan menyokong pemberhentian pengeluaran simpanan KWSP di bawah skim i-Citra. 

KWSP menjelaskan skim pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar pada 2020, diikuti i-Citra pada Julai lalu, bersifat luar biasa kerana inisiatif itu diperkenalkan untuk memenuhi keperluan aliran tunai yang mendesak semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kelembapan ekonomi.

Skim pengeluaran itu menyebabkan 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka, yang mana 3.6 juta daripadanya mempunyai kurang daripada RM1,000. 

KWSP berbesar hati dengan pendirian beberapa pihak yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap masa depan persaraan pekerja dan mahukan pemberhentian pengeluaran khas simpanan KWSP.

Oleh yang demikian, KWSP terus fokus melindungi simpanan ahli, selaras dengan mandatnya dan memastikan ahli pulih dan membina semula simpanan bagi menjamin persaraan yang selesa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini