Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara besar-besaran tidak akan dilaksanakan semula.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kawalan lebih ketat akan dilaksanakan di pintu masuk dan keluar negara dalam usaha mengekang pandemik COVID-19 khususnya varian Omicron.

“Setakat ini sebanyak 245 kes Omicron telah disahkan di Malaysia. Sebahagian besar kes jangkitan di negara kita ini masih lagi berpunca daripada kepulangan pengembara dari luar negara. Kita akan ambil langkah kawalan lebih ketat, tetapi PKP secara besar-besaran tidak akan dilaksanakan semula”.

Datuk Seri Hishammuddin bercakap pada sidang media selepas mesyuarat kuatert menteri COVID-19 di ibu negara.

Mengulas senarai terbaharu Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei, Datuk Seri Hishamuddin berkata, kedudukan Malaysia di tangga ke-13, bukti negara di landasan tepat dalam menangani pandemik berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berharap semua pihak tidak cepat berpuas hati, sebaliknya terus mematuhi SOP pencegahan penularan COVID-19.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini