Di bandar raya New York, Amerika Syarikat pula, pondok telefon awam terakhir di sana akhirnya telah dialihkan dari kawasan kaki lima berdekatan Times Square baru-baru ini. Pondok telefon awam ini akan dihantar masuk ke muzium untuk dijadikan bahan pameran kepada generasi akan datang yang tidak pernah menggunakan telefon awam.

Bandar raya berkenaan mula mengalihkan pondok telefon awam bermula 2015 di mana ia telah digantikan dengan kiosk LinkNYC yang menyediakan sambungan Wi-Fi, tempat cas telefon bimbit dan panggilan domestik percuma. Sebelum era digital, New York pernah menempatkan lebih 6,000 pondok telefon awam untuk kegunaan penduduk bandar raya berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini