Tiada laporan baharu diterima berkaitan demam campak dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Sat, Pahang. Perkara tersebut dimaklumkan Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman. Kes berkenaan kekal melibatkan tiga dewasa dan seorang kanak-kanak dengan semuanya telah menerima rawatan menerusi Pasukan Bergerak Orang Asli jabatan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad KELMARIN berkata wabak demam campak melibatkan Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan, dipercayai telah merebak ke komuniti Orang Asli di Hulu Terengganu dan Jerantut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini