Kerajaan negeri Melaka belum  membuat sebarang keputusan untuk pelepasan air dari Empangan Durian Tunggal dan Empangan Jus.

Kedua-dua empangan tesebut sudah  mencapai tahap 100 peratus.
Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri melalui satu kenyataan  memaklumkan, sehingga kini kadar limpahan yang berlaku adalah terkawal iaitu hanya melalui sistem spilway sedia ada.

BKSA menegaskan, kenyataan yang telah ditularkan berkaitan pelepasan air Empangan Durian Tunggal itu adalah tidak tepat.

Sebaliknya ia  merujuk kepada pintu air  atau `tidal gate’  di sungai yang dibuka bagi melancarkan aliran air.

Dalam pada itu, jumlah penduduk terjejas  banjir di Melaka terus menunjukkan peningkatan mendadak kepada 2,540 penduduk terjejas setakat pukul 9.30 pagi ini berbanding hanya lebih seribu penduduk semalam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini