Tiada sebarang pencemaran di dalam kawasan Hutan Tadahan Air di Perak setakat ini berikutan aktiviti pembalakan yang dijalankan di negeri itu. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kawasan tersebut dikelaskan sebagai Hutan Perlindungan dan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS).

Bagaimanapun jelas beliau, sekiranya pencemaran dikesan berlaku di kawasan berkenaan, langkah pemulihan akan dilakukan dengan mengambilkira pandangan agensi teknikal yang berkaitan. Jabatan Alam Sekitar negeri sentiasa memantau aktiviti yang tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini