Susulan tular helikopter yang didakwa mendarat cemas di Padang Kawad, Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS.


Pejabat Ketua Menteri memaklumkan tidak berlaku pendaratan cemas helikopter yang membawa Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika dalam perjalanan dari Gedong ke Bandaraya Kuching petang tadi. 

Menurut kenyataan itu; juruterbang helikopter berkenaan membuat keputusan untuk mendarat di Padang Kawad UNIMAS berikutan cuaca buruk dan jarak penglihatan yang rendah.

Kesemua penumpang juga dilaporkan selamat.

Tan Sri Abang Johari dilaporkan meneruskan perjalanan ke Kuching menggunakan jalan darat.

Hantaran video berhubung pendaratan helikopter itu turut tular di laman Facebook.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini