Murid Tahun 1, 2 dan 6 serta semua murid di bawah
program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) perlu hadir secara bersemuka tanpa penggiliran bagi sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, ketetapan itu juga terpakai buat Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta prasekolah.

Bagi sekolah menengah, murid kelas peralihan, Tingkatan 4, 5, dan 6 serta pra universiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) dan kelas peperiksaan antarabangsa yang setara, perlu hadirsecara bersemuka tanpa penggiliran.

Bagaimanapun ia tertakluk kepada kadar vaksinasi di institusi berkenaan yang telah mencapai 90 peratus atau lebih.

Pengoperasian institusi pendidikan yang belum mencapai kadar vaksinasi lengkap 90 peratus atau lebih kekal secara penggiliran.

MBK di Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, dan Program Pendidikan Khas Integrasi juga, perlu hadir secara bersemuka tanpa penggiliran mengikut ketetapan sama.

Bagi Sekolah Berasrama Penuh pula, ketetapan hadir
secara bersemuka tanpa penggiliran terpakai untuk Murid Tingkatan 4, 5 dan 6, prauniversiti, IBDP serta kelas peperiksaan antarabangsa yang setara.

Manakala Murid Tingkatan 1, 2 dan 3 di institusi sama perlu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini