Susulan isu tular ramai peniaga Pasar Besar Kedai Payang dijangkiti dan meninggal dunia disebabkan COVID-19. 

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengesahkan  terdapat jangkitan dalam kalangan peniaga Pasar Kedai Payang, namun tiada kes kematian dilaporkan.

Pengarah JKNT, Datuk Dr Kasemani Embong berkata sejak 31 Oktober sehingga 13 November lalu,  36 daripada 1,000 peniaga Pasar Besar Kedai Payang telah dijangkiti COVID-19. 

Kesemua mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Dua daripada mereka dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu iaitu seorang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan seorang dirawat di wad COVID-19. 

Kedua-dua pesakit tersebut telah dibenarkan pulang. 

Semua kontak rapat telah dikenalpasti dan dikuarantin. 

Orang awam diminta tidak menularkan sebarang berita tidak sahih supaya tidak mencetuskan kebimbangan masyarakat. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini