Semua perarakan perayaan termasuk perarakan kavadi bagi perayaan Thaipusam dan Chingay sempena Tahun Baharu Cina yang bakal disambut tahun hadapan, Tidak Dibenarkan.

Serentak dengan itu, Kementerian Perpaduan Negara, telah menyediakan SOP sambutan Thaipusam bagi memastikan aspek keselamatan serta kesihatan awam dipatuhi.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique memaklumkan, pelaksanaan SOP itu, tertakluk kepada keputusan tiga mesyuarat utama, iaitu Mesyuarat Kumpulan Kerja Teknikal Pengurusan Pandemik, Mesyuarat Kuartet Menteri dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik, yang diadakan bulan ini.  

Selepas memperoleh keputusan mesyuarat, surat makluman kelulusan SOP akan dihantar kepada pemimpin-pemimpin agama, disusuli dengan kenyataan media.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini