Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun tidak bercadang melakukan rombakan barisan Exco kerajaan Negeri Sembilan walaupun salah seorang daripadanya kurang sihat.Katanya, beliau berpuas hati dengan prestasi dan sumbangan 10 orang Exco sepanjang setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini. Aminuddin menambah walaupun ia dibarisi pemimpin tidak berpengalaman dalam pentadbiran. Namun telah terbukti mereka berjaya membawa banyak perubahan di negeri ini selepas mengambil alih kerajaan dalam PRU Mei lalu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini