Kerajaan memutuskan untuk tidak memberi sebarang ganjaran kepada jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ini termasuklah menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM).

Bagaimanapun pihaknya akan berhubung dengan atlet berkenaan bagi membincangkan mengenai ganjaran yang tiada kena mengena dengan peruntukan kewangan kerajaan.

Ziyad, terlepas pingat emas dan rekod dunia yang dilakukannya di Tokyo pada 31 Ogos lalu dengan catatan 17.94 meter selepas penyertaannya diklasifikasikan sebagai Did Not Start (DNS) atau tidak bermula.

Ia susulan protes yang dilakukan Ukraine disebabkan kelewatannya tiba di bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini