Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan tiada tambahan kes kolera dikesan susulan kes membabitkan seorang wanita tempatan dari Petaling pada 21 Oktober lalu.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, wanita berusia 56 tahun itu telah sembuh sepenuhnya setelah mendapatkan rawatan.

Hasil siasatan mendapati, pesakit mengalami gejala cirit-birit teruk dan mendapatkan rawatan pada hari yang sama.

Kes dirawat sebagai pesakit luar dan diambil sampel najis untuk ujian. 

Keputusan ujian Makmal Kesihatan Awam menunjukkan, kehadiran bakteria vibrio cholerae, serogroup 01 dan serotype ogawa.

Susulan itu, semua kontak rapat telah disaring termasuk pengendali makanan yang terlibat selain pengambilan sampel persekitaran. 

Siasatan lanjut telah dijalankan secara menyeluruh, namun JKNS tidak dapat mengenal pasti punca jangkitan.

JKNS  menegaskan, kolera berupaya merebak dengan cepat dan boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera.

Masyarakat diseru minum air yang telah dirawat atau dididihkan, mengamalkan kebersihan diri, mencuci tangan, mendapatkan rawatan segera sekiranya bergejala.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini